Thursday, March 27, 2008

HAHa

Assalamualaikum.. Bestnya minggu nie boleh balik rumah.. Yay. Kelmarin hari Khamis, x sekolah jadi bolehlah balik rumah.. Masa nak balik dari ambil angah balik dari sekolah, t'jumpa kawan lama.. Malas arr nak tegur kawan lama tu sebab dya sekolah len.. Dah la dya tak pi sekolah, lagipun dya budak rempit.. Byaq arr, dya tanggung sendiri.. Depan mak ayah dya, bkan men bek, blakang mula la tunjuk kaler.. Klar, Assalamualaikum.. NI GAMBAR TIME PILIHAN RAYA ARIE 2.. TAK SEMPAT NAK LETAK..

Friday, March 21, 2008

Gambar time Hari Sukan 2008

nie plak, Ajmal.. Budak kelas len kelas 2 Hidayah.. Hehehe
Nie plak 3 sekawan, Fitriah yang tengah, Anis yang sebelah kiri dan Yati
Nie plak, Norma ngan Syifa.. Cute kan 2-2 nie..
Maisarah, budak dorm aku.. Peluk tiang pulak.. Awat x peluk lantai terus.. Heheh



tengok taw video nie

















Thursday, March 20, 2008

Bila Diri Disayang

Bila Diri Disayangi...

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulalah siang...
Berakhir malamku..
Tak akan ku jemu menyebut namamu..

Tiada batasan waktu..
Tiada tempatmu tertentu..
Digunung di lembah ..
Didarat di air..
Siapapun hamba
Keikhlasan doa
Keagungan kasih
Mengubah takdir...

Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru
Ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkaulah pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang disini
Dibawah naungan kasih dan sayangmu
Ku berserah diri....

Tiada batasan waktu
Tiada tempatmu tertentu
Digunung di lembah
Didarat di air
Siapapun hamba
Keikhlasan doa
Keagungan kasih
Mengubah takdir...

Lirik lagu Cintamu Mekar di Hati

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya

Kalau Nak Taw

tekan sini kalau nak taw lagi pasal Hazwan dan Cinta Tiga Segi/

Wednesday, March 19, 2008

Airel Punye Crite.. Hazwan- Cinta Tiga Segi


Assalamualaikum.. Nie Airel Punye Crite Pasal Hazwan-Cinta Tiga Segi.. Banyak arr dengar crite pasal Hazwan tapi nie bukan yang banyak heboh kat internet pasal Hazwan yang kat SMKAB. Tue Hazwan len.. Nie crite cinta sejati terhadap sorang gadis. Best arr kalau dapat boyfriend macam si Hazwan nie.. Setia!

Hazwan nie dah couple ngan sorang gadis yang cantik..Dan, akan berkahwin dalam masa seminggu jar lagi. Tapi, dengan tiba2, x-boyfriend gadis nie kembali merebut cinta. Gadis yang 'buta' nie, terima x-boyfriend dya sebab dya masih sayangkan laki 2 dan tinggalkan Hazwan.. Kerana cinta, Hazwan bunuh lelaki 2 dan gadis yang dicintainya.. Hazwan sendiri memohon untuk dihukum gantung di penjara..Sebelum menerima hukuman, 1 hari sebelum digantung kerana rasa bersalah yang amat sangat, terlahirlah lagu Cinta Tiga Segi untuk dijadika pedoman hidup.. Dan dari sumber len, lagu Cinta Tiga Segi nie, bukanlah dicipta oleh Hazwan, tapi dicipta lebih 13 tahun yang lalu yang menggunakan tajuk Perangkap Cinta.Tapi, Airel rasa lagu nie dicipta oleh Hazwan sendiri..

Demi Hazwan, lagu nie khas untuk semua yang bukak blog nie..Bukak web nie, and dgr lah lagu nie... Memang sedih giler.. http://www.youtube.com/watch?v=cHa0lrRGIxA.. Nie, Airel petik sendiri dari tulisan rakan Allayarham Hazwan sendiri..




Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan...

Lagu ini bertajuk ‘Cinta Tiga Segi’[click here to download]. Jika kalian cari dalam YouTube pasti banyak versi lagu ini yang dipaparkan.

Dan cerita disebalik lagu ini juga punya beberapa versi. Tidak tahu-lah mana satu yang betul. Atau memang cerita itu bohong belaka. Hanya gimik untuk mempopularkan lagu ini.


Begini..
Hasil research melalui internet [kalian tahu internet mmg sering menyajikan bermacam2 kisah untuk sesebuah cerita], lagu ini dinyanyikan dalam penjara. Seorang banduan penjara yang bakal dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh telah menyanyikan lagu ini sebagai permintaan terakhirnya..




Part 1 : Gadis itu serba salah.. memilih Hazwan, atau kekasih lamanya, Haris (bukan nama sebenar) yang tiba2 datang semula menyentuh hidupnya. Cinta gadis itu tumpah pada keduanya, membuatkannya kaku berdiri di antara dua persimpangan. Dia tidak mampu menolak cinta lamanya, namun juga tidak tega melukakan perasaan Hazwan, insan yang terlalu baik dan menyayanginya setulus hati.

Part 2 : Belum sempat memilih, Hazwan mengetahui dan lantaran terlalu menyintai dan tidak sanggup kehilangan, Hazwan menemui bekas teman lelaki gadis kesayangannya dan bergaduh. Secara tidak sengaja, Haris terbunuh dalam pergaduhan tersebut. Gadis itu menyaksikan sendiri peristiwa itu, lantas sigap bereaksi. Berkali-kali menuduh Hazwan sebagai pembunuh!

Part 3 : Hazwan dimasukkan ke dalam penjara, dan mahkamah memutuskan hukuman tali gantung bakal dijalankan ke atas Hazwan. Sebagai permintaan akhir, Hazwan merakam lagu yang diberi tajuk ‘Cinta Tiga Segi’ khas buat gadis itu.

Lastly..Sebaik mendengar lagu tersebut dan mengetahui yang Hazwan telah dijatuhi hukuman mati, gadis itu tidak dapat menerima hakikat, telah menjadi tertekan dan akhirnya gila..




Jika benar dan sahih cerita ini, pada hemat saya, rasa bersalah itu yang membuatkan gadis itu menjadi sebegitu. Kasihan. Tapi siapa yang patut dipersalahkan? Hazwan? Seorang lelaki yang terlalu mencintai dan begitu berusaha mempertahankan dan memperjuangkan cintanya, tanpa niat telah menjadi seorang pembunuh? Haris? Haris, mungkin cinta pertama gadis tersebut, yang mencuba nasib menagih semula kasih lama setelah mungkin pernah melukakan perasaan gadis tersebut. Atau gadis itu? Yang keliru memilih antara dua jalan. Bagai antara hidup dan mati layaknya.. dan akhirnya mati yang menjadi jawapan kisah ini. Gadis itu pula hidup, masih menghirup udara segar bumi, tapi bagai tidak di bumi nyata lantaran separuh jiwanya telah mati. Dia hilang kedua2nya, dan dia juga hilang dirinya sendiri. Ada yang mengatakan gadis itu juga terbunuh dalam pergaduhan tersebut, kerana itu Hazwan sendiri meminta hukuman mati dijalankan ke atasnya kerana tidak sanggup hidup dalam penyesalan. Atau harus disalahkan takdir? No matter what it is, some things do meant to be.. dan takdir bukannya satu hukuman.
Tiada siapa yang patut disalahkan. Hazwan tidak bersalah. Haris juga. Gadis itu juga. Hanya jika segalanya diselesaikan dengan cara baik, maka baiklah jadinya. Ah sadis dan tragiknya jika cerita ini benar. Jika tipu maka tipulah saya.

Ada satu kenyataan yang aku baca.. macam ni..

huhu.. yang citer aku post ni telah pun disahkan oleh seorang kawan baik arwah yang bernama SOFIA.. dan aku sendiri dah ke kubur arwah di sebelah Sekolah Teknik Pendang.. Tak percaya?? trust me.. kini,family dia menetap di Jitra. Bulan Mei ni, family dia nak wat gotong royong bersihkan kubur arwah n kenduri.. Jemput r datang pada sesiapa yang mengenali arwah...
someone_special said... on February 20, 2008 9:57 PM

maknanya peristiwa ini terjadi di kalangan masyarakat utara?


salam....bnyak betul jln citer yg aku dgr....lain2 lak 2...yg aku thu si arwah ni muda lagi ms kena hukum gantung...18thn...aku xpasti lak sapa yg,tp apa yg diaorg gtau...arwah ni minat kt sorg awek sejak sek lg..tp awek ni xlyn...dh tmt sek tue awek 2 kapel ngn sorg mamat a,tp xlm..diaorg pts..so arwah ni pn try la tackel...tackel pny tackel pastu dpt. diaorg pn nk khwin.1minggu sblm khwin awek dia mintk pts coz nk baik blik ngn mamat a.arwah xnk coz syg sgt2 kt awek.akibt xpk pnjg secr xsengj arwah 't'bnh' mamat a n awek dia skali.hukuman gantung tue permintaan arwah sendiri.dia meninggal dunia pd mei 2005.klu nk thu mn aku dpt citer ni,korg try cari kt youtube.
Anonymous said... on February 18, 2008 9:54 PM


Dan sebelum tu ada dinyatakan yang arwah Hazwan merupakan bekas pelajar SMK (A) Baling.
Cerita ini penuh kekaburan. Banyak percanggahan fakta. Juga punya terlalu banyak versi dalam internet. Dalam YouTube sendiri banyak sampai bergaduh budak2 tu menegakkan cerita masing2. Sudahnya, aku putuskan.. dengar lagu tu je sudey.. tak yah pening kepala.

walau apapun versi yang kita dengar dan samada cerita ini benar atau tidak, lagu ini mmg amat menyentuh rasa. Dari pertama kali saya mendengar lagu ini, saya merasakan penyanyi ini benar2 menyanyi dengan penuh perasaan, bagai sedang bercerita. Bagai terasa bagaimana seksanya jiwa watak2 dalam cerita ini. Ada sumber mengatakan lagu itu dinyanyikan sendiri oleh arwah Hazwan sehari sebelum hukuman dijalankan dengan membawa rakan2 bandnya untuk memainkan gitar (bila dengar elok2, lagu ini kedengaran menggunakan dua gitar), dan sumber lain mengatakan bukan arwah yang menyanyikan lagu ini sebaliknya orang lain yang diberi kepercayaan.

Kerana cinta mereka terpaksa melalui dugaan dan jalan yang langsung tidak terfikirkan sebelum ini. Moga kisah ini jadi pengajaran buat kita semua dan saya sendiri. Setialah pada yang satu sebelum terjadi perkara yang bakal buat kita menyesal seumur hidup.

Cinta memang benar2 punya kuasa.